Thursday, August 16, 2012

Aku dan Biologi Gunaan(USM) Part 1


 Assalamualaikum, 


Post kali ini di tujukan kepada para juniorku ^^ yang bakal memasuki ke uni september ini. 
Moga-moga ia membantu serba sedikit sebelum menjejak kaki ke USM dan menjadi sebahagian daripada Applied Bio Student *tepuk tangan sikit.

untuk maklumat, Applied Bio Student kena grad dengan 105 unit. (ini utk before batch 12/13 , maaf if salah sebab dengar cerita batch baru belajar 3 tahun 1/2 .if 3 tahun ,yes total unit utk grad 105unit)

Basic core/Teras (T) 70unit
Minor (M) 16unit -->;ambil start masa 2nd year
Elektif(E) 4 unit -->; start masa 2nd year juga.
University (U) 15 unit.

Contoh Subjek Sem1

Teras
BO1103 Biokimia Sel
BOI104 Genetik 
BOI106 Amali Biokimia & Genetik
KOT121 Kimia Organik I

Universiti
LKM400 Bahasa Melayu IV
WKM102 Rancangan Khidmat Masyarakat (Ko-K)
WUS101 Teras Keusahawanan (Subjek Wajib kepada semua 1st year student)


LMT100 English (kod Z) --> yg ini unit tak kira. WAJIB di ambil pada siapa yg dapat muet 3 dan ke bawah.

Biokimia &Genetik
 nanti lecture ada provide note kat elearning USM ,depend kalau nak beli buku rujukan pun bagus.



Amali Biokimia & Genetik 
ada 2 sesi ,nanti kena pilih salah satu. jangan risau nnti lecture bagi pencerahan tentang lab ne. baju lab korang boleh beli yg usm ataupun guna yg matrik/asasi etc pun boleh.
jangan miss lab , hantar lab report punctual sebab amali senang utk dapat markah. ada pop kuiz (skor taw,syg gila kalau tak skor) .
and lab report tue digalakkan buat PHOTOCOPY, so bila test final lab(keseluruhan topic lab) korang baca je balik lab report tue. basically soalan test final berdasarkan lab report tue.

yang PENTING,sila bertanya kalau tak PAHAM,anda tak rugi pun. malah plus-plus ilmu pengetahuan (:

Kimia Organik
Nanti korang kena beli buku tebal sebab disisipkan selagi password untuk buat online asssigment. macam mana nak skor online assigment? bincang dan share jawapan sesama course-mate ^^

Bahasa Melayu IV
digalakkan amik secepat mungkin,so bila sem 3 4 ,korang dah tak perlu beban dengan subjek universiti ^^ 
nak cakap satu je, Bahasa Melayu adalah salah satu subjek yg susah nak dapat A!
luar biasa dari masa highskol.hehe.
nanti ada presentation, buat karangan, pemahaman. 
buku nanti lecture tolong belikan.
dan offcoz masa exam bahasa melayu,exam paling penat tangan dan kepala.hihi. 


Wus Keusahawanan
masa ini korang akan konfusi ,aku student business ke student bio ne ? ;p 
kelas akan pada waktu malam dekat DTSP (dwn tengku syed putra) 
ada kena buat kertas kerja,berniaga etc. 
buku wus ada di jual di kedai buku usm. 
once habis,serius rasa merdeka! ^^ 
for info mostly semua uni kena amik wus tak silap .sorry if salah.  

Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) 
ini adalah salah satu ko-k. bersidang iaitu kena habiskan sem1 till sem 4(2tahun)
Masa sem 2 buat aktivit kemasyarakatan ,my group mlawat gelandangan (org tak berumah) di komtar dgn memberi makanan/pakaian
ada kelana,pbsm,karate etc.(untuk lagi info pergi pusat ko-k yang bersebelah kanan dgn pusat sejahtera)
minima unit ko-k 3unit! so pilih dengan baik ya (:

katakan kalau sem1 bdk applied bio amik subjek ini, nanti bdk pure bio flip ambil subjek ini utk sem2 . so subjek bdk pure masa sem1 jadi sem 2 korang ,paham kan? 

setakat ini dulu pencerahan ,nanti sambung lagi untuk sem 2 pulak.
nak bagi korang cerna dulu maklumat di atas. nanti pening pulak .goodluck ^^

CARA NAK DAFTAR SEM 1 ( disini )

1 comment:

Jabir Miracle said...

menanti Part 2 . . . . . =)