Tuesday, August 28, 2012

Aku dan Biologi Gunaan(USM) part 3



Assalam, 

maaf mengambil masa untuk menulis part 3. Maklumlah raya :D 
dapat duit raya banyak tak? hulur sikit *batuk hii

part 3 ini saya akan berceritakan serba sedikit tentang biosociety.


BIOSOCIETY

nama femes BIOSOC !

kelab biosociety ini wujud khusus untuk pelajar biologi.
macam-macam aktiviti kita buat dan banyak benda kita belajar.

mostly aktivit dihandle 99% oleh pelajar .so dari situ kita akan belajar banyak benda. belajar jadi ketua projek, bendahari, cari sponsor , publisiti etc. experience macam ini adalah sanggggat penting untuk diguna pakai bila korang dah nak kerja. tak rasa rugi pun kalau korang be apart of biosoc family.berbaloi-baloi lagi adalah.InsyaAllah. :) 

so disini nak story sikit aktiviti yang dilakukan sidang 11/12 .
ada lakukan beach clean up, outdoor aktivit, kem kpimpinan biosoc yg sumpah best !
ada bionite, family day,terrarium and macam2 lagi^^


banyak aktiviti sudah dirancang utk sidang baru ini 12/13. apa dia? rahsia ~ maka tunggu. 
oklah bagi tahu sikit :D,
untuk masa terdekat ini biosociety ada rancang untuk buat hari bersama pusat pengajian, jualan convex dan hari interaksi+ sambutan hari raya.
JOIN US!JOIN US! JOIN US. *ketuk2 dram

kelebihan join biosoc?

1) di sini korang akan belajar tentang leadership skill ,tentang persahabatan , tentang menguruskan sesuatu projek .
2)  disini persahabatan segalanya bermula.chewah :D kekadang masa interaksi bdk pure dan applied ada lah kurang sbb jarang sama kelas. mostly kenal kawan2 pure dekat sini lah.
3)mendapat markah MYCSD .( nnti tanya senior lain mycsd tue apa.hihi)
4)dapat experience baru!
 5) disini lah group sesuai utk korang 'bersosial' .sosial yg baik ,bukan yg pelik2 ok!
mean korang bergaul dgn bdk satu uni, kenal antara satu sama lain .
tak cool weh kalau terperap dengan buku ja~ 
fakta: sekarang BOSS tak nak pekerja dia terer ilmu ja,tapi terer softskill,leadership and presentative.take note!

sebagai pelajar biologi,agak RUGI lah kalau tak nak join biosociety tue. ye dak? :D
menurut rekod usm , kelab biosociety adalah kelab yg AKTIF.
so mostly korang akan 2 in 1. belajar dan enjoy ^^

 

camne cara nak mengenali BIOSOC lagi rapat?

1.sekarang ini WEBSITE Rasmi sedang dalam 'construction' akan di umumkan pabila sampai masa.insyaAllah .minta maaf~

2. Biosociety new release (FB)  .join la eh! 

3. website lama biosoc  
website ini dah tak guna dah.tapi kalau korang nak tahu sikit2 ttg biosoc  boleh nak tgk. 

4. tanya para senior ! 
untuk info .ini organisasi biosoc sidang 12/13 (kalau ada apa2,tanya la mereka,insyaAllah mereka sudi bantu :) )  


YANG DIPERTUA                              : MUHAMMAD ZAKI B. ZAINOL
NAIB YANG DIPERTUA 1                  : SITI FUTRI FARAHININAJUA BT. FIKRI
NAIB YANG DIPERTUA 2                  : ZARIF HAZMI B. ZALI
SETIAUSAHA AGUNG                     : NURUL AMIRA BT. MOHAMED FARID
SETIAUSAHA KERJA                        : SYAFIQAH SYAHIRAH BT. SHAHRIJAL
BENDAHARI KEHORMAT               : FATIN SYUHADAH BT. AZIZ
TIMBALAN BENDAHARI                 : NUR AMALINA BT. KAMARUDIN

BIRO SAHSIAH DAN KEROHANIAN           
 FARHANA BT. FUAD (KETUA EXCO)
 RIDHWAN B. ABD RAZAK (EXCO)
 : SITI NOOR  SYAFIKA BT. SULIMAN (EXCO)

BIRO AKADEMIK                              
 : SHARIFAH NURHIDAYAH  BT. SYED RAMLI (KETUA EXCO)
 : NOOR IZZATI BT. SAZALI (EXCO)
  : NURUL IZZATI BT. ABD RAOF (EXCO)

BIRO SUKAN DAN REKREASI                      
 : MUHAMMAD LUTFI B. HARON (KETUA EXCO)
  : FARRAH NUR DIANA BT. SAIFUDDIN (EXCO)
  : MOHAMAD FAIZ B. MOHD SHUKRY (EXCO)
  : MUHAMAD SAFUAN (EXCO)

BIRO KELESTARIAN                                        
  : ADILAH BT. ZUBIR (KETUA EXCO)
   : IBITOYE AZEEZ (EXCO)
  : RUZIYATUL AZNIEDA BT. AZMI (EXCO)

BIRO OERHUUNGAN DAN KEBAJIKAN    
 : UMI HAMIZAH BT. HASSAN (KETUA EXCo)
: NURUL FATHIN HIDAYAH B. HISHAM (EXCO)
 : NUR IZATUL IZANI BT. TAJUDIN (EXCO)

BIRO SIDANG REDAKSI                                 
: SUMAYYAH BT. AMINODIN ( KETUA EXCO
: ZAHARATUL NAA’IMAH BT. APANDI (EXCO)
: RABIATUL ADDAWIYAH BT. SHAMSHIR (EXCO)


BIRO MULTIMEDIA DAN DOKUMENTASI         
: NOR SYAHIRAH BT. ZAINOL RASHID (KETUA EXCO)
 : ERON DAMASKA B. DARWIN (EXCO)                                                                
  : NUR SYAFIQAH BT. TAN YUSOP (EXCO)
 : ANIS AMALINA BT. MOHD ADNAN( EXCO)   
  
BIRO TATACARA KERJA DAN DISIPLIN 
: MUHAMMAD FARHAN BIN ALI
: SABRINA BT DANIAL LEONG


setakat itu sahaja yg dapat saya ceritakan serba sedikit tentang biosoc.terlebih terkurang.maaf!

nasihat  
dekat usm ini sangat la banyak kelab. tak kisah pun mana kelab korang nak join .
asalkan PELAJARAN TAK TERABAI dan korang TAK TERLUNGGANG LANGGANG.
ingat, masa itu emas buat student~

so all the best!
jumpa anda semua nanti 3 sept! ^^

Thursday, August 16, 2012

Aku dan Biologi Gunaan(USM) part 2

Assalamualaikum,

kali ini akan cerita tentang sem 2 pulak

Contoh  Subjek SEM 2

Teras
BOI101 Biodiversiti
BO1102 Ekologi
BOI105 Amali Biodi dan Eko (lebih dikenali sebagai mukahead) *subjek paling menarik
BOI109 Biostatistik (killer paper for 1year stdnt) 
KTT111 Kimia Inorganik I

Universiti 
HTU223 Titas
LSP300 Bahasa Inggeris Akademik

Biodiversiti
belajar tentang microb,plant and aimalia. ada 3 lecture yg berbeza.
lecture ada provide note juga di elearning usm.
microb masa sy dr uyub , dia suka cakap apa yg tak ada dalam note.kalau rajin salin~
plant ,lecture yg sempoi habis and animalia too ^^ 


Ekologi 
lebih kurang part eco masa matrik,tapi ada tambah benda2 baru.macam biasa bila lecture dah hbis ajar topic dia,dia akan buat kuiz. eco dan biodi nampak macam senang kan? tapi jangan amik ringan , sebab ramai yang tak skor eco!



Amali Biodi dan Eco (mukahead) 
Amali ini akan buat selalu nya masa cuti sem 1 atau  sem 2. macam batch sy applied bio baru je ber mukahead masa cuti sem2  bulan 7 hari itu. kenapa dipanggil mukahead? sebab tempat korang berpractical adalah di tempat reseach biology (mukahead) .tempatnya sangat cantik  and mostly korang akan enjoy masa ini ^^ and korang akan be proud be part of biology family .
tempoh mukahead 2minggu ,1 minggu outdoor ,1minggu lab.outdoor masuk hutan,sungai ,laut!serius seronok. part lab ,ehm ada microb,plant and animal.part animal je korang rasa mcm nak meraung .kenapa? wait and see ^^ 

saya ada banyyakk gambar batch bio applied bermukahead tempoh hari,maklumlah batch kami gler gambar skit.hee . saya letak dekat WEBSITE RASMI BIOSOC ,tapi sekarang tengah dalam construction. nanti insyaAllah dah siap saya maklumkan ^^
nanti part lain sy akan story sikit apa itu BIOSOCIETY(biosoc)!

subjek amali ini hanya beroperasi pada minggu practical je. penilaian based on kehadiran, ada lab report sikit , exam (ini menentukan gred korang kebykkan nya) so skor! :) 

Biostatistic
Paper ini menjadi igauan ,sebab paper ini 4unit! kalau subjek lain 3unit je.so akan effect pointer lebih kalau korang tak score.kalau score,pointer korang ohsem!
masa batch kitaorg adalah prof Chan~ bdk pure dr irwan tak salah.
prof Chan dia tegas sikit, attendant sentiasa amik .WAJIB datang kelas dan JANGAN MISS.once miss kelas prof chan ,next kelas korang akan blur yang amat . tapi yang nyata, dia sangat baik dan sentiasa make sure student dia paham ^^
Biostatic juga ada kelas tutorial ,basically dalam 20 orang jer. seminggu sekali , 3 jam .alah,tapi selalu tak sampai 3jam pun.depend kat tutor korang la. dulu sy tutor encik adli, dia bagus.banyak info dapat.mostly tutor semua THUMB UP~dont worry ^^ 
Biostat TANYA IF TAK PAHAM, WAJIB! kelas tutorial itu diwujudkan untuk membincangkan latihan tutorial yg di beri lecture (kat elearning usm)  .buat PHOTOCOPY juga, nanti nak study untuk TEST senang.boleh rujuk ~(konsep yg sama mcm lab genetik n biochem) 
untuk TUTORIAL ini WAJIBLAH SKOR sebab kat sini adalah SENANG untuk dapatkan markah (peratusan) .goodluck! 

untuk excellent biostat;
1.Selalu buat perbincangan dgn kawan2
2.kalau boleh soalan tutorial buat sendiri.jgn fotokopi org punya.incase dah tak boleh sangat, boleh la fotokopi sikit2 ;p
3.tanya terus if tak paham
4.buat past year


Kimia Inorganik I
subjek ini sama juga kena beli buku rujukan tue utk dapatkan password on9 asssigment.tip nak score on9 assigment sama juga bincang and share! subjek ini lagi susah dari kimia organik. pointer jatuh sikit sbb subjek ini ==' cisdel. nak score subjek ini , rajin buat past year and soalan. Lecture nya adalah dr.farouk ,dia tegas, kelakar dan apa yang dia cerita sangat menarik .jangan datang lambat kelas dia, and jangan dok belakang! nanti kena marah :D

oh ya lupa nak mention , kimia organik(subjek sem 1)  nanti ada kelas TUTORIAL .
nanti pilih mr.wong taw!dia sangat baekkkk ^^

perpustakaan hamzah sendut baru
Titas
ehm subjek ini lebih kurang macam sejarah.kelas awal pagi pukul 8 ==' 
2jam.nanti buat group untuk buat presentation dan folio. tajuk folio akan di bagi oleh lecture @ pilih sendiri (depend kat lecture) 
titas dia ada banyak kelas (sebab ramai ambil) ,nnti dia ada tampal kelas mana and lecture siapa dekat skol kemasyarakatan ( depan kuliah SK , bersebelah perpustakaan hamzah sendut baru )

 presentation ~

Lsp300 English
 Subjek ini untuk yg dapat muet band 4.macam saya dpt band 3,so kena amik lmt100 dulu,baru lsp300  then lsp 402. untuk tahu kita group berapa, sila pergi ke Sollat (skol language and translation)  ,nak pergi senang naik bas biru atau kuning. Sollat atas sedikit dari cimb bank.#tips nak dapat group sama dgn kawan, masa nak daftar subjek ,daftar sama2 .konpem dapat group sama nanti. ^^

MAKLUMAT.
yang pasal subjek sem1 applied bio amik ,bdk pure amik masa sem 2. 
itu merujuk subjek TERAS sahaja taw. kalau subjek UNIVERSITI depand dekat korang nak ambil bila ,lagi cepat lagi bagus. masa 3rd year tumpu kat subjek teras sahaja.

cara nak dapat past year (disini)  

ok sila cerna maklumat dengan baik ya junior-junior ku ^^ All the best~

sambungan.... ( biosoc ,majoring and etc) 

saya cuba sampaikan mana yang perlu.maaf if ada yang tak kena.


Aku dan Biologi Gunaan(USM) Part 1


 Assalamualaikum, 


Post kali ini di tujukan kepada para juniorku ^^ yang bakal memasuki ke uni september ini. 
Moga-moga ia membantu serba sedikit sebelum menjejak kaki ke USM dan menjadi sebahagian daripada Applied Bio Student *tepuk tangan sikit.

untuk maklumat, Applied Bio Student kena grad dengan 105 unit. (ini utk before batch 12/13 , maaf if salah sebab dengar cerita batch baru belajar 3 tahun 1/2 .if 3 tahun ,yes total unit utk grad 105unit)

Basic core/Teras (T) 70unit
Minor (M) 16unit -->;ambil start masa 2nd year
Elektif(E) 4 unit -->; start masa 2nd year juga.
University (U) 15 unit.

Contoh Subjek Sem1

Teras
BO1103 Biokimia Sel
BOI104 Genetik 
BOI106 Amali Biokimia & Genetik
KOT121 Kimia Organik I

Universiti
LKM400 Bahasa Melayu IV
WKM102 Rancangan Khidmat Masyarakat (Ko-K)
WUS101 Teras Keusahawanan (Subjek Wajib kepada semua 1st year student)


LMT100 English (kod Z) --> yg ini unit tak kira. WAJIB di ambil pada siapa yg dapat muet 3 dan ke bawah.

Biokimia &Genetik
 nanti lecture ada provide note kat elearning USM ,depend kalau nak beli buku rujukan pun bagus.



Amali Biokimia & Genetik 
ada 2 sesi ,nanti kena pilih salah satu. jangan risau nnti lecture bagi pencerahan tentang lab ne. baju lab korang boleh beli yg usm ataupun guna yg matrik/asasi etc pun boleh.
jangan miss lab , hantar lab report punctual sebab amali senang utk dapat markah. ada pop kuiz (skor taw,syg gila kalau tak skor) .
and lab report tue digalakkan buat PHOTOCOPY, so bila test final lab(keseluruhan topic lab) korang baca je balik lab report tue. basically soalan test final berdasarkan lab report tue.

yang PENTING,sila bertanya kalau tak PAHAM,anda tak rugi pun. malah plus-plus ilmu pengetahuan (:

Kimia Organik
Nanti korang kena beli buku tebal sebab disisipkan selagi password untuk buat online asssigment. macam mana nak skor online assigment? bincang dan share jawapan sesama course-mate ^^

Bahasa Melayu IV
digalakkan amik secepat mungkin,so bila sem 3 4 ,korang dah tak perlu beban dengan subjek universiti ^^ 
nak cakap satu je, Bahasa Melayu adalah salah satu subjek yg susah nak dapat A!
luar biasa dari masa highskol.hehe.
nanti ada presentation, buat karangan, pemahaman. 
buku nanti lecture tolong belikan.
dan offcoz masa exam bahasa melayu,exam paling penat tangan dan kepala.hihi. 


Wus Keusahawanan
masa ini korang akan konfusi ,aku student business ke student bio ne ? ;p 
kelas akan pada waktu malam dekat DTSP (dwn tengku syed putra) 
ada kena buat kertas kerja,berniaga etc. 
buku wus ada di jual di kedai buku usm. 
once habis,serius rasa merdeka! ^^ 
for info mostly semua uni kena amik wus tak silap .sorry if salah.  

Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) 
ini adalah salah satu ko-k. bersidang iaitu kena habiskan sem1 till sem 4(2tahun)
Masa sem 2 buat aktivit kemasyarakatan ,my group mlawat gelandangan (org tak berumah) di komtar dgn memberi makanan/pakaian
ada kelana,pbsm,karate etc.(untuk lagi info pergi pusat ko-k yang bersebelah kanan dgn pusat sejahtera)
minima unit ko-k 3unit! so pilih dengan baik ya (:

katakan kalau sem1 bdk applied bio amik subjek ini, nanti bdk pure bio flip ambil subjek ini utk sem2 . so subjek bdk pure masa sem1 jadi sem 2 korang ,paham kan? 

setakat ini dulu pencerahan ,nanti sambung lagi untuk sem 2 pulak.
nak bagi korang cerna dulu maklumat di atas. nanti pening pulak .goodluck ^^

CARA NAK DAFTAR SEM 1 ( disini )