Thursday, May 30, 2013

Kenapa saya pilih major vector & parasite?


Assalamualaikum & Hi ^^

Minta maaf sebab lambat post pasal benda ini ,padahal esok dah kena submit borang pilihan major.sibuk sikit dgn program uni. 
so here we going. 
saya cerita kan based on soalan yg sorang bdk 1st year tanya.



  • Kenapa saya pilih major vector? 


1. Nak turn kepada forensik.

pada asalnya pilihan pertama masa pilih course adalah forensik,tapi tak ada rezeki nak ke arah tue.saya buat sedikit research ,dan dapat tahu vector boleh turn ke arah sana. 
iaitu forensik based on serangga.(entomologi forensik) 
tapi bila dah berada dan belajar vector utk 1 sidang ini ,course vector and parasite tue sebenarnya pun dah menarik :) 

but then if still ada peluang dan ruang, InsyaAllah akan sambung master utk forensik ( long-term).


2. Aim Biotech and Vector.

Sebelum saya masuk usm, saya dah tahu apa yg saya nak pilih. sama ada biotech atau vector. 
bersumber kan pengetahuan dan ilmu yg sy tanya dari para senior .
bila tahu biotech kena terror kulus2 masa majoring talk .zappp terus tak jadi .hahaha *maaf saya memang alergic dgn math. 
reason Aim 
Biotech : sebab bagi saya be a biotech student is cool ,and boleh buat research sndiri. biotech memang saya suka dari since highskol


Vector: secara jujur memang tak tahu pebenda course vector, 1st time dgr. bila tgk2 sikit apa skop study,kerja segala. ehm menarik juga. 

saya kurang berminat akan agro , aquatic dan envi.
namun saya tahu ,semua major tak kurang hebat nya. cuma sy bukan ke arah tue :) 


3. Kena brainwash dalam majoring talk.

Dr hamdan  memang brainwash kitaorang masa majoring talk dulu.
hingga menjadi kan kami bdk 1st batch vector yg ramai .kan? *if tak salah saya lah * ;p

dia bercakap tentang skop study, apa kerja kita, dan apa kelebihan kita. ok saya cerita sikit balik walau rasanya lebih kurang sama apa dia ckp masa talk anda datang tempoh hari.

- hanya USM yg menawarkan degree vector and parasite di Malaysia.  
so competition tak seramai biasa. 

- Memandangkan competition boleh dikatakan kurang, mostly dikatakan hampir 90% graduan vector ada kerja selepas graduate.

- vector and parasite boleh turn kepada 2 benda ,iaitu entomology atau parasite (sy akan cerita nanti )

so bila dah dgr pasal peluang kerja, skop 2 benda tue ,buat saya lagi nak mengukuhkan nak vector. saat hbis talk, terus saya tetapkan hati .saya nak major vector :) 


4. saya memikirkan masa depan.

secara jujur,reason ke 2 lepas vector adalah peluang pekerja.
saya dapat tahu yg vector ada peluang cerah utk kerja lepas graduate dan sambung master.
tak ,saya tak kata major lain tak ada masa depan :)

kalau kita yakin apa kita pilih,kita usaha , cari . InsyaAllah peluang tue sentiasa cerah,sentiasa ada
cuma saya hanya ingin jalan hidup saya lagi dipermudahkan. tak salah kan? 

semua major yg di tawarkan school bio semua menarik! serius.
kalau di beri peluang utk belajar,sy nk belajar biotech and aquatic :) 

maka,ini jalan saya pilih.untuk masa depan saya.





  • Vector, if sambung master boleh ke cabang apa? 



master jenis syllabus ada 3 , research , coursework ,research+coursework.
tak salah sy,if vector , kita RESEARCH *maaf if salah.

boleh smbung master dlm
-Applied Entomology ( offer training area research aquatic ento,urban & structural ento,chemical ecology,insect biochem physiological etc)
- Applied Parasitology (medical & veterinary parasitology)

senarai universiti dlm negara and oversea yg sy dapat track.(master)
-UPM (parasitology)
-UNIMAS (Parasitology)
-UIA (Ento+Parasitology)
-USM ( Ento+ Parasitology)
-UITM (Ento)


-Uni Liverpool (Bio& Control & Disease Vectors)
-Keele University (Natural Science)
-University Salford
-Uni Manchester (Parasitology & Vect Bio)
-London School of Hygiene n Tropical Sc ( Bio & Control of Disease Vect/Medical Parasitology)
-Imperial College London (Ento)
-Uni of Western Australia (Forensic Sc)
-Uni of Nottingham (Parasitology)
-Uni of Glasgow (Infection & Immuniobio)
-Tulane Uni,USA (Parasitology)
-Uni Florida,USA (Ento)
-Texas Uni,USA (parasitology)


Tajaan utk tanggung master yg boleh dimohon
-MyBrain
-SLAB
-SLAI
-JPA
-MARA
etc.

link yg mungkin boleh membantu.
- doktorkerjaya.blogspot.com

ini post yang saya share dri group vector batch saya.copy paste je tak larat nk tulis balik .



  • Pasaran kerja vector tinggi tak? 
apa yang saya tahu lah ya. 



1.Pegawai Sn Gred C41 (SPA)
2.Research assistant (Ento division) -fumakilla
2. Entomologist -standard fumigation.
3.work in parasitology research
4.work in veterinary
5.Health n Academia
6.Position in agricultural Pest Control Company.

pasal rezeki kerja atau belajar, semua itu pada tangan DIA. Kalau rajin,usaha dan pandai cari peluang.InsyaAllah rezeki ada dlm tgn kita.
maaf slh silap.

Akhir sekali , biar reason utama kita pilih major adalah minat. MINAT. reason 2 3 4 tue ikut suka hati hampa la.

sebab?

bila kita rasa down ,kita tak jatuh terlalu lama. sebab itu yang kita pilih.jalan yang kita pilih .
just like i said before :)

dan paling utama,jangan pilih sebab kawan. backhand siapa yg buat -.-

Minta maaf if post ini tak dpt membantu banyak. moga ia mampu memberi manfaat sedikit .
ini apa yg cebisan idea,pgalaman ,ilmu yg sy dpat kongsi.ramai lagi senior yg lagi tahu serba serbi.rajin2 la tanya mereka ya :)

Goodluck!



selamat menjadi sebahagian bakal keluarga vector and parasite .
keluarga aquatic
keluarga environment
keluarga agro
keluarga biotech..

moga dipermudahkan urusan dalam tetapkan major , dan di dalam pembelajaran.
and oh goodluck FINAL!

moga Allah rahmati. ^^

wassalam.


Thursday, May 16, 2013

Moment 1 Tahun Vector & Parasite.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Post ini saya dedikasi kan khas buat junior2 PPSKH tahun 1.
Buat mereka yang ingin buka minda dan tahu tentang Vector & Parasite.

saya harap post ini dapatlah membantu anda .InsyaAllah.

so here we go.

1. Lab Entomology 


Entomology = serangga .
Lab ini tak ada report lab :D namun ,harus lah anda bercinta dengan sejumlah serangga pada morphology nya . 
Melalui lab ini , banyak sebenarnya belajar. ntah dari mana wujud nya serangga pelik2 ,kaler2 meriah bagai. lulz. 

masa belajar lab ini , reaksi 'waa cantiknya' , ' aku tak pernah nampak pun serangga ini' , ' ada ke kat malaysia serangga ini'  dan macam2 lagi.



paling tricky subjek ini adalah pada test nya. namun if mgingat morphologynya dgn jelas. InsyaAllah dapat A ,tak susah. *tapi saya dpt test 1 F " ;p 

tak betul,if usaha btol2 memang InsyaAllah dpt A . hee

lab entomology ada kesinambungan nya. sebilangan peratus perlu buat INSECT COLLECTION.


2. Insect collection
Task ini perlu 40 serangga je. tapi agak mencabar. 
mesti lah nk cari spesies serangga yg rare dan unik kan sbb nk markah penuh kan? :) 
satu sedih,sbb tak dpt jumpa wooden stick :( . insect collection rasa mcm tak smpai klimaks .tsk.

kalau masa 1st sem nampak org pgg JARING, no doubt, sama ada dia tue bdk agro or vector ;p

cakap je mana tempat tak redah cari serangga?  
CG , area jabatan keselamatan,sg rui, taiping, penaga, tasik aman, tepi rst .
kalau nampak serangga,hah itu la tmpt serangga :D 

kadang2 tidur pun letak tupperware kat sisi .kot2 ada serangga terbang ,tekup je .haha




dari task ini lah korang akan mengembara. task ini penat, tapi seronok. 
bila dah habis semua, ttbe rindu rasa nk cari serangga .lulz. 


3. Trip Sg Rui .

Trip ini best.  Masih segar macam mana masing2 pegang jaring dan bekas kat tangan. 
dan berjemaah cari serangga kat belakang tandas pukul 8malam. haha




Masing-masing tolong sama sendiri untuk dapat kan serangga .
trip ini under school. if masih ramai tak dpt memenuhi koleksi serangga. Trip akan dibuat kemana2 tempat bpotensi ada bmillion serangga. 


                                                       inilah belakang tandas.hee

oh and anda akan kenal kak siti, dia sangat baik :) 


4. Trip Sg Rui 2 .



1st trip sg rui dgn bdk yg amik ento. tapi 2nd trip ini ,kami pergi sendiri2 .
sebenarnya trip ini unexpected. member tanya 'kau nk join pi sg rui tak" 
terus setuju! sbb masa 1st trip skjp sgt,tak puas! dan koleksi serangga pun tak berapa mantap lagi. 
naik kereta sewa,tidur sehari kat sana. 




entomologist sgt peka uollls ;D 



masa sampai di sg rui ,nampak ada riang2 melekat kat dinding . punya lah semangat semua orang ,kereta tak berhenti habis lgi,terus bukak pintu dan lari.then bukak bonet ambil jaring. dan paapp . "weeh dapat serangga" ! *muka gembira* kata member aku.
tiba-tiba kawan aku datang (naik kereta lain)  " hoi itu serangga aku dh cop! kau potong line" haha.




bila ingat balik mesti kelakar.:) 

sama-sama susah senang cari serangga itu rasa manis. 
manis bersahabat .


5. Trip Taiping,Perak.




trip ini pun kami pergi sendiri .seronok! sewa kereta,bmalam dkt sana ,rumah kami duduk pun murah. serangga nya tak banyak mana dapat
rasa macam melancong pun ada.bak kata pepatah, 2 in 1.  
pergi zoo taiping, panjat bukit, masuk hutan sana sini. 





ok trip ini kalau cerita memang panjang. 
kalau jalan2 dgn kawan mana tak seronok kan? :) 




moment yg masih ingat masa ini ,
masa kawan kejar pepatung dengan bersungguh, siap loncat2 lari pegang jaring.*sila bayangkan*  
sumpah lawak. tengok karenah kawan2 dgn serangga. hehe


                                                        conteng masa panjat bkt larut.hee
                                                
6. Latihan Amali dgn Dr.Wan.




saya isi masa cuti saya pada cuti sem 1 lepas dengan mbuat latihan amali dgn dr. 
tujuan : saja untuk cari pengalaman  dan menambah ilmu.
plus ini akan jadi experience sgt cantik utk di tambah dlm resume serta aku nak maju setapak dari orang lain.
untuk ada apa org lain tak ada :) 

ini option,saya bhubung direct kepada beliau btanya kan jika ada thesis/experiment beliau yg memerlukan bantuan.saya beruntung :) 

masa LA ini saya buat experiment tentang nyamuk .
ada juga sebilangan sahabat yg buat LA dari major aquatic, biotech ,agro dan vector.


ada beberapa ilmu/pgalaman sy dpt : 
1.dpt kenal kakak master /staff/ lecture dgn rapat.
2.dpt ilmu dari mereka. 
3. keterbukaan ttg fikir masa dpn sy itu lebih tbuka.
4. kecintaan pada major vector & nyamuk btambah.lulz



7. Latihan Amali /Sampling dgn Dr Suhaila.

LA ini saya buat semasa cuti midsem lepas.member sy yg buat LA masa cuti sem 1 ajak join.LA ini menarik ,kami pergi sekitar gua yg ada sg di sekitar perlis & kedah .




masa trip ini  , pelajar 1st ada juga join Quek dan Amy. saya masih muda sejagung dlm sampling. Quek expert sbb dh byk kali juga dia join tlg dr suhaila. 

                                                                 
trip ini lebih kpd Aquatic Insect.  sampling ,sorting dan id. 
ok part id memang fail . larat 2 tue je. semua serah kat quek.hee

pengalaman: 
1.trip ke kedah & perlis percuma .hee
2. belajar aquatic insect & sampling
3.belajar ilmu baru.





kat sini lah kami belajar nak guna equipment di sg .kenalpasti serangga kat sungai segala bagai. 
penat & seronok. sebab belajar benda baru! 





moment paling ingat ! 

masa tersekat kaki dekat dalam lumpur ! pergh mencabar.haha.
dan kelakar. mula2 dtg dgn keadaan elok ,balik dah rupa gaya bersawah :) 





8. Lab parasitology.



lab ini belajar ttg parasite . lab paling mencabar sbb kena lukis on the spot! 
dan tgk dri microscope -.- pergh! tapi InsyaAllah senang nak skor :) 


                                                 






dari sini kita belajar benda yg tak terjangka ada dlm sekeliling kita. 
cuba bygkan if ada parasite dlm bdn?euw ngeri.haha.

tempoh hari ada bedah tikus utk tgk parasite.guess what? sy dan sahabat jumpa janin yg mungkin bbrapa hari yg akan tgk 'dunia'  . teruja plus sedih . 




dan memang lah kata orang 'Everyday have a Life Lesson"  



itu moment yg saya rasa seronok utk saya simpulkan ;p 
tipu kalau sepjg itu tak ada moment penat,susah jerih perih. 
imbuhan belajar itu payah,tapi pasti penghujungnya manis. InsyaAllah ,doakan! 

pada yang nak amik major vector , goodluck saya ucapkan dan selamat bakal menjadi keluarga vector ;) 

dan pada yg masih samar2 , banyak kan bertanya pada senior ataupun buat sedikit bacaan. 
saya tak nak kata  vector bagus segala. sebab another 4 major Agro,Aquatic , Biotech dan Environment membawa keistimewaan yg tersendiri. :) 

nak tahu apa istimewa, tanya mereka ,insyaAllah semua senior2 anda baik belaka dan sudi mbantu! 

InsyaAllah kalau saya sempat ,sy share sedikit 'KENAPA SAYA PILIH MAJOR VECTOR'.
post yg agak serius kot. hee. 

goodluck!selamat membuat pilih  and May Allah bless.

moga post ini bermanfaat

introduce sebahagian dari majormate my batch :) 






Assalam :)